Resepi Biskut Almond London



Bahan:(150 biji)

250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (sebagai tambahan)
200g tepung jagung*
300g tepung gandum*
1 sudu besar tepung beras*
1 sudu teh baking powder* - * di ayak bersama

200g kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound

Cara-cara

1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lagi. Masukkan serbuk badam.Kacau.
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam
kertas cawan.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering.Siap disimpan.

Selamat Mencuba

Almond London 

0 comments:

Post a Comment