gambar hiasan
(Cadangan Untuk 70biji)
1.1 cawan mentega
2.3 cawan tepung gandum (1cawan boleh digantikan dengan tepung naik)
3.1 sudu kecil baking soda
4.1 1/2 cawan gula.
5.1/4 cawan serbuk koko
6.2 cawan oreo yang diblend kasar.
7.coklat chip (campurkan dengan cips hitam dan putih. sukatan ikut acuan)
8.1 sudu kecil garam halus
9.2 biji telur.
10.1 sudu kecil esen vanilla.@ sedikit perasa pandan
11. 1 sudu besar badam halus(serbuk badam)
Cara-cara;
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Tambah telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati.
Tambahkan tepung, serbuk koko, garam, baking powder dan baking soda.
Kemudian masukkan oreo, coklat chip hitam dan coklat chip putih.
Gaul sebati.
Lepas tu bentukkan bulat-bulat diatas dulang pembakar yang disapu majerin dan kertas serap minyak.
Letak dalam jarak 1 hingga 2 inci kerana biskut ni akan mengembang.
Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.
Sejukkan sebelum disimpan.
SELAMAT MENCUBA!!!
0 comments:
Post a Comment