Resepi Biskut Coklat Nestum

gambar hiasan
Bahan-bahan
(Cadangan Untuk 50-70 biji)

1. 250 gm butter
2. 100 gm kismis( sebagai tambahan.takde pun tidak mengapa)
3. 300 gm biskut coklat oreo yang dikisar halus
4. 2 cawan tepung gandum
5. 1 cawan tepung jagung
6. 3 cawan nestum
7. 1 cawan gula caster
8. 1 biji telur
9. 1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya :

Pukul butter dengan gula hingga putih.
Masukkan telur dan esen vanila dan kacau hingga sebati.
Masukkan semua tepung dan nestum dan juga coklat oreo yang dikisar halus
Masukkan kismis dan diuli sehingga sebati
Bentukkan biskut dengan corak yang menarik.
Bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 165'c.

SELAMAT MENCUBA!!!

0 comments:

Post a Comment